Monday, April 17, 2017

Kesan Skincare Tat*

Assalammualaikum.

Alhamdullilah ada juga kesempatan untuk update blog ni. Sekarang ni hangat isu skincare yang diasaskan oleh orang Melayu yang mengandungi Mercury. Perlu ke mention nama product?
Okay la Mimi akan bagitahu, sebab im one of the reader juga , bila penulis tak mention product tu rasa macam tak puas hati.

Mimi salah seorang pengguna Tat* skincare.

Tak dinafikan produk tu memang beri kesan yang WOOOOWWW!
Kulit ni tiada masalah yang serious pun. Cuma banyak jerawat pasir kat pipi dan batang hidung. Macam-macam dah cuba untuk buang jerawat pasir tu. Selain dari tu, keadaan kulit Alhamdullilah okay sahaja. Mimi ada kulit yang cerah, fair skin la kiranya.

tapi sekarang Ya Allah, malu dah nak keluar tanpa makeup. Sebab terlampau banyak kesan bekas jerawat dan muka ni macam orang sakit. Kusam, pucat aje.

Mimi tak lama pun guna skincare tu. Berapa minggu sahaja tak sampai sebulan. Tapi puas hati sebab jerawat pasir semua hilang. Mimi tak boleh detect pedih ke apa sebab tak guna pencuci muka yang dalam Set tu. Guna pencuci muka sedia ada je, Kemudian mimi stop sebab Mimi baca satu luahan perasaan pengguna produk tu juga di Facebook. Memang dia sangat cantik, putih,gebu,flawless yang amat ! Pengguna setia Tat* tu, berbulan bulan dia pakai. Tapi bila dia berhenti, teruk betul muka dia. Bernanah, merah, berjeragat. Semua naik!

Alhamdullillah Mimi pakai sekejap je. Muka tak naik teruk macam tu. Lepas je dengar cerita dia, terus stop. Cuba teka apa jadi selepas tu ?
Selang seminggu, muka jadi teruk. Tak pernah seumur hidup muka naik secara banyak, nanah sana sini, besar terutama bahagian pipi belah kanan. Kira beruntung lagi sebab jerawat tak naik terlampau banyak, cuma mengambil masa yang lama untuk hilang.

Pipi belah kanan tak payah cakap la, jerawat jenis yang merah tu. Tada nanah atau apa. Tapi Merah semerah2nya seolah-olah jerawat degil. Muka pun mula kusam, pucat je.
Dah pakai makeup pun tak jalan, sebab muka kering dan tak boleh cover jerawat tu walaupun dah tempek banyak foundation. Serupa Hantu cina dah bila terlampau putih ni.
SEBELUM
SELEPAS SEMINGGU BERHENTI
Sila abaikan gambar buruk
SEKARANG
Jadi sekarang ni dalam proses membaiki kulit muka. Rawat dengan Serum, Toner, Essence daripada Innisfree je dahulu. Innisfree bagus sebab produk ni dari Korea jadi dia sangat sesuai untuk kulit orang Asia ni. Memang fokus kepada kulit yang kering kebanyakkan produk dia. Slowly muka dah makin tak kering.
Sebab Mimi ni bukan la seorang yang penyabar. Jerawat makin lama makin banyak. Jadi apa yang mimi buat adalah beli set alat untuk whitehead.
Image result for whitehead tool
lepas berhenti tu muka naik balik jerawat pasir, guna la alat seperti gambar itu. Rupanya jerawat pasir ni ada whitehead yang panjang, dan dalam sangat. Sebab tu menggurutu je kulit muka tu, terasa macam timbul2. Tekan punya tekan, panjang gila whitehead yang keluar tu. Sekarang masalah jerawat pasir dah settle. kalau naik lagi dah tahu apa nak buat. 

Lepas tu mimi ada mention jerawat merah yang tak hilang hilang atau surut langsung kat pipi belah kanan tu. Mimi picit dengan benda tu. Rupanya, disebalik kemerahan tu, ada nanah. Sebab tu jerawat tu tak surut surut. Banyak tau, bukan sikit. Esoknya tengok kemerahan tu dah makin kurang. lepas picit semua tu, pastikan bersihkan muka dengan Air suam, letak serum, toner supaya liang pori korang tak terbuka. Kalau lepas picit-picit tu tak letak serum/toner/mosturizer maknanya korang sengaja cari nahas membiarkan kuman masuk jadi jerawat semula.

Sekarang misi hilangkan bekas jerawat dan mengembalikan tona kulit seperti dahulu.

Friday, October 7, 2016

3rd time Bought from Hermo. Review

Hye. Semalam aku ada cerita shopping kat Hermo kan ? Kali ni aku beli lagi barang dari Hermo. Tak niat pun nak beli lagi lepas 30hb Cybersale2016 tamat. Ingatkan promotion beli 3 item RM49 tak valid dah. Tah macam mana tgk tgk boleh lagi. Terus check out.

 
Packaging hermo sangat puas hati, habis dia balut dengan Air bubble. Hermo ni sangat menjaga kualiti barang supaya tak sampai pada pembeli kotak dah kemek sana sini.

 
Ni promotion 3 item RM49.
Etude house Bling Bling Eye Stick
Bourjois Rouge Edition Aqua Laque
Elianto Long Wear EyeShadow Stick



 
Etude house Bling Bling Eye Stick rm25.90 
yang ni aku ambil warna Little Bear Star. Warna macam coklat sikit, Dia ada macam macam warna . Pink , Biru tapi aku memilih warna yang lebih natural memandangkan aku tak suka pakai eye shadow , teringin la nak rasa macam orang korea-korea ni sebab diorangkan make up macam nude je, Natural look,
 


Bourjois Rouge Edition Aqua Laque Rm45.45


Warna yang aku pilih Fushsia Perche dari Paris. Pada mulanya aku beli sebab ni lipstick yang termahal untuk promotion 3 item Rm49 tu, Baik beli yang mahal mahal betul tak ? Berbaloi. Berani sungguh aku beli warna yang garang ni , Mungkin tengok gambar lain, sampai pun lain. Dia patut pink pink sikit. 
 
warna aku yang No 7. Dia tahan selama 10 jam, tak melekit, kalis air. Kalau terus sapu kat bibir, rasa macam over sangat warna dia. So aku calit kat jari letak kat bibir, Andddd Walah ! So sexy. Colour dia nice, Just dont put too much on ur lips.Love it!


 
Skin Food Black Sugar Honey Wash Off Mask RM46.90 RM28.50
Aku ni tak pakai pencuci muka sebab takut jerawat naik. Sementara cari produk yang sesuai aku pakai Madu Asli + Kulit Kayu manis tempek tempek kat muka . Alhamdullilah la kulit aku dah makin elok, jerawat makin surut. Aku dah lama usha produk ni dari Skin Food. Cara pakai dia macam mask je. Biarkana 10-15 minit kemudian basuh. Bau dia nice. Tak ada bau madu tapi wangi lah, Tapi kuantiti dia tak setanding harga asal. Mask ni campuran Madu + Gula. Bila tempek tempek kat muka tu rasa la ketul ketul gula, Tapi nice la, bila basuh tu rasa smooth je kulit,

L'oreal 6 oil Nourish Shampoo + Conditioner Rm40.80 Rm28.21
Aku tak merancang pun nak membeli tapi tengok jarak harga dia macam berbaloi je, sentuh rambut pula, ermmm boleh la walaupun tak berminyak, haha,