Thursday, November 17, 2011

hlovate , rooftop rant

tadi aku pergi MPH , MIDVALLEY ..
aku carik buku bertajuk 'aku suka dia' tapi tada >,<
pusing punyew la pusing sampai nak patah ibu jari aku sbb skit sangat ..
tuh laa.. sapa soh ngada nak pkai heel ..=,=

aku terjumpa novel hlovate , rooftop rant..
wahh ! memang aku tertarik gila lah .. jalan cerita dia yg superb .. ayat yg pergh !
tak terkata.. harga dia RM21.00 ... duit memang ada.. tapi takut tak boleh balik pulak..sbb tada tambang..hahaha.. then perut lak mengadu nak di isi ... #lupa nak sarapan =(



aku terpaksa lah kuburkan niat aku .. tape2.. ada duit aku akan beli k.. tunggu taw!! aku akan dtg beli kau jugak suatu hari nanti..

sinopsis dia ::
Selama ini dia sendirian tak pernah berteman bila mana dia duduk di tempatnya;di hujung sudut kanan untuk melakar awan dan melontar pandangan sejauhnya. Pilot Shaker dan sketchbook di tanganlah selama ini teman setia.Namun tiba-tiba ada yang bertandang tak diundang ke jajahannya entah jatuh dari langit mana.Lari dari segala kekusutan kepala ke sini untuk kini dikusutkan semula?Dia sendiri tak pasti segala yang berlaku ini membawa petanda apa.Dia;the Jaded Jade in the Middle katanya.

Bukan pelik kalau nak dikatakan dia hidup hanya sebagai jasad bernyawa.Sebab segala yang didengar telinga itu tak bawa makna dan yang dipandang mata itu kosong tanpa warna.Dia mencari tenang damai dengan meninggalkan realiti dunia nyata,untuk tenggelam dalam fikiran sendiri di dalam kepala.Hujung sudut kiri bumbung ini,itu kawasannya.Dia;Batrisya.

Di atas bumbung Wisma Topaz segalanya bermula.Tangga lapuk masam Wisma Topaz empat tingkat itu yang mula menghubungkan hidup keduanya.Bumbung kusam yang menadah awan tanpa atap itu yang menjadi telaga damai untuk menelah persoalan yang tak pernah ada hitam putih jawapannya.Tembok batu bisu di situ yang menjadi saksi kepada seribu satu harapan dan mimpi,cerita dan bicara.

ayat yg sempat aku ciplak .. aku rasa dia kena sgt dgn apa aku rasa masa tuh & skearang =))

today is gonna be the day
that they're gonna  throw it back to you .
by now u should've somehow
realized what you gotta do
i dont believe that anybody
feel the way i do about you now..

No comments: