Sunday, August 5, 2012

Sebuah perhubungan yang tidak kekal lama .



    Pada suatu hari terdapat sepasang kawan yang bernama Ina dan Farid (bukan nama sebenar) .. Mereka berkenalan di Muka Buku .. Dari situ detik perkenalan mereka bermula.. Sampai satu saat , mereka pun bertukar-tukar nombor . 

    Tetapi di saat itu , Ina sudah mempunyai teman lelaki(Haris) yang sangat sayang dan mengambil berat terhadap dia.  Ada satu perkara yang membuatkan Ina rasa was-was dengan sikap Haris .. Oleh itu , Ina cuba untuk tidak percaya dan cintakan dia kerana dia tahu risiko untuk mencinta Haris sangat besar.

    Tanpa berfikir jauh , Ina terus menceritakan tentang Farid pada Haris .
Tanpa diduga Haris dan Farid merupakan kawan sepersekolahan sewaktu sekolah rendah dan menetap di kawasan yang berhampiran sahaja .
Sejak daripada itu , mereka ibaratkan musuh secara diam . Farid tahu batasan pergaulannya diantara Ina sebab itu Farid cuba untuk menjauhkan dirinya pada ina kerana dia takut untuk terus mencintai Ina walaupun dia tahu Ina tidak mempunyai perasaan padanya ..

    Farid ibaratkan tempat untuk meluahkan perasaannya tatkala dia menghadapi masalah. Segala suka dan dukanya hanya dikongsi pada Farid walaupun hakikatnya mereka baru sahaja berkenalan tetapi hubungan mereka sangat akrab .. 

    Berapa bulan kemudian , hubungan Ina dan farid terputus dipertengahan jalan . Mereka berdiam untuk beberapa bulan . Kemudian hubungan Ina dan Haris terputus disebabkan konflik yang datang dari orang luar iaitu exnya . Ternyata benar jangkaan Ina bahawa haris telah menipunya selama ini . Ina hanya merantapi sahaja perkara yang telah menimpanya selama ini . Dia hanya mampu bersabar dan berdoa untuk lebih kuat menghadapi masalah .. Jauh disudut hatinya dia telah mencintai Haris , dia tidak mampu untuk menolak cinta dan kasih sayang Haris terhadapnya . Dia cuba untuk membenci Haris dengan setiap hari mencari gaduh dengan haris . Akhirnya , usaha yang Ina cuba membuahkan hasil apabila dia dapat melupakan Haris. Tiada lagi perasaan sayang , cinta mahupun perasaan benci .

    Dunia Ina kembali bahagia apabila hubungan Farid dan Ina kembali menjadi rapat seperti dahulu tetapi perasaannya pada Farid bukan lagi seperti dahulu .. Hubungan mereka menjadi kekok , tiada yang mahu mereka kongsikan bersama lagi .. Tiba satu hari , Farid mula melamarnya sebagai teman wanitanya tetapi malangnya lamaran Farid ditolak dengan pelbagai alasan (bukan tak sudi cuma mahu menjaga hatinya sahaja , takut untuk katakan yang dia tidak mencintainya walaupun secubit pun) . Farid menerima dengan redha . Usahanya bukan berhenti di situ , dia terus cuba dan cuba sehinggalah masuk ke tahun seterusnya .

    Hati Ina dah berbunga-bunga dengan layanan Farid . Tahun baru adalah perjalanan baru untuk pasangan itu . Kesalahan besar apabila Ina mentaruhkan hatinya untuk Farid . Farid yang tua 5 tahun dari Ina telah memberi cabaran yang besar pada Ina . Farid yang merupakan anak orang kaya , yang bekerja di bawah syarikat keluarganya dan berpegang jawatan besar dalam syarikat itu sering membuatkan Ina menangis merinduinya . Untuk keberapa kalinya Ina terus bersabar dengan hakikat itu tetapi sehingga satu tahap tidak ada apa-apa lagi yang dapat mengubah keputusannya " Kita putus " satu pesanan ringkas untuk Farid. Walaupun Farid pada mulanya katakan "Tidak!!" tetapi akhirnya dia angkur dengan kesilapannya selama ini .Tiba-tiba telefon Ina berdering , satu pesanan ringkas darinya " Saya minta maaf..kita break , im so sory Ina " dan lagi "sy mungkin akan menyesal kemudian hari tapi saya tak nak lagi seksa awak "
tanpa sempat membaca semua meseg itu air mata Ina jatuh membasahi bumi . Hubungan yang mereka bina hanya bertahan selama 5 bulan sahaja . (breaking over text)

    Hubungan mereka tidak tamat disitu . Hubungan mereka disambung dengan sebuah persahabatan .
Entah kenapa perangai Farid menjadi lebih baik daripada sebelum ini . Perangai itu tak kekal lama ... 
Dalam hati Ina masih ada rasa Sayang itu .. Tapi Ina cuba untuk TIDAK MENGAKU dengan perasaannya .. Hati seorang perempuan sangat lemah apabila dirayu oleh kaum lelaki .. Farid merayu2 minta peluang kali kedua apabila dia sedar tanpa Ina disisi dia kesunyian . Disebabkan sayang yang masih ada , Ina berikan peluang itu dengan Syarat . Syarat itu tak berguna apatah lagi peluang yang diberi . Kepercayaan dan peluang itu di persia-siakan . Lelaki itu tidak serik minta peluang . Sekali lagi Ina memberikan peluang itu tetapi tiada yang berubah . Ina telah membuat keputusan tiada lagi peluang untuknya kali ini . 

Ina berfikir " Aku dan Farid hanya couple & break hanya sekali sahaja . Apabila aku dengan lelaki lain lebih dari tu break . Mungkin kerana hati ni dah tak sanggup untuk mencintai sesiapa memandangkan aku akan menghadapi SPM tidak lama lagi . Biarlah dia mencari yang lebih baik  "

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN ------------

    Hubungan mereka terputus lagi seolah-olah Farid sudah mempunyai yang lain . Mungkin kerana kesalahan Ina membuat keputusan terburu-buru .. Mungkin ini adalah penamat hubungan kasih sayang yang terjalin dalam hati Ina ..

TAMAT .

I see him in my head , 
He's trapped inside my head , 
He wont let go and I
I think he knows i'm dead .


No comments: