Thursday, October 18, 2012

Aku seorang yang pengecut


Aku Syamimi seorang yang pengecut . Takut menghadapi cabaran , takut menghadapi kesedihan , takut nak berterus terang dan lain-lain. 
Tanpa berusaha aku sudah mahu menarik diri . Aku seorang yang unexpected .
Dalam senyap , baik , seorang yang pemalu aku mempunyai sifat yang tidak disangka oleh semua orang  . Apakah itu ? biarlah Allah dan diriku sahaja yang mengetahuinya.

Aku bukanlah sebijak , secantik , seaktif sesetengah orang itu .
tapi semua itu mungkin ada sebab mengapa allah menjadi diriku serba kekurangan .
yes ! mungkin aku mempunyai sebuah bakat yang tiada pada orng lain . hanya masa yang akan mendedahkan sedikit demi sikit kelebihan diri ini . 

Memang hati ni selalu berbicara " aku nak jadi macam dia ! "
tengok orang popular diri ni pun nak popular .
tengok dia di puji , diri ni pun nak jadi hebat macam dia .
tengok orang tu berjaya memperoleh impian dia , aku pun nak juga .
tapi tak semestinya tuah tu datang bergolek .
tak semestinya tadah tangan memohon padanya kita akan terus hebat .
semua tu perlukan usaha.

yee .. aku perlukan semangat , hidup baru ...
aku nak menjadi seorang yang aku impikan dengan titik peluh aku .
insyaallah aku boleh menggapai impian aku .
semoga aku boleh membahagiakan MEREKA


1 comment:

syakirah izwanie said...

Goodluck. Semua orang ada kebolehan masing-masing. betul tu. Biar masa yang mendedahkan ia :)