Wednesday, November 21, 2012

Awak dan Saya tak mungkin bersatu .

Aku ingin menjadi seseorang yang tidak mudah untuk dilupakan kepada orang yang pernah aku sayang dahulu . Aku maksudkan hanya pada kaum lelaki . Iyela kan , lelaki ni kan mudah untuk melupakn seseorang apabila jumpa yang baru tapi aku lebih bahagia jika kawan-kawan aku lebih ingatkan aku kerana itu menunjukkan aku pernah menjadi seorang yang sangat penting buat mereka .


Siapa yang tidak pernah disakiti ? Tipu aku kata , aku tak pernah . Aku baru je terimbas kenangan kita dalam toilet tadi . ha Toilet ??! eh jangan salah sangka . Aku kalau mandi wajib mesti ingat pesanan dia . HOkhok ! ehem terbatuk pulak .. Pesanan dia yang aku ikut sehingga sekarang . Nasihat dia bagi aku sangat berguna kerana kalau aku tak ikut mungkin mandi wajib aku tak sah kot .

Back to topic , siapa tak pernah disakiti . Aku ingat kau telah memaafkan aku . Tapi mana ada manusia yang boleh melupakan kesalahan kita dalam masa 5 minit , 5 jam semudah itu . susah weh . Benda yang sudah bertahun-tahun pun boleh diungkit semula inikan pula luka yang masih berdarah. Setiap kesalahan itu semestinya perlu diucapkan kata maaf . Aku terlalu ego kerana mengikut perasaan sedangkan aku telah melakukan kesalahan lebih besar pada engkau . Tapi sekurang-kurangnya tak payah lah balas dendam dengan mengutuk aku , keji aku dengan menggunakan akaun kawan kau yang serupa nama dengan aku . Nampak sangat nama SYAMIMI ni semua jahat . Laila syamimi , Syamimi z.shah la and etc . Hampir semua kawan dia aku block . aku baru sedar itu muslihat dia sedangkan perkara itu sudah setahun berlalu . Perkara yang dah lepas baru sekarang aku dapat bongkarkan .. haha . Baru sekarang aku nak bongkarkan dan baru sekarang aku berani untuk block akaun facebook kau . Susah aku nak tekan butang block tu tapi aku cuba kuatkan hati aku bahawa KAU BUKAN SESIAPA UNTUK AKU !

Aku tak hairan nak cerita kat public tentang perangai aku . Buat apa malu sedangkan orang lain juga pernah mengalami perasaan sama dengan aku . Macam aku selalu katakan NO BODY PERFECT IN THIS WORLD . Aku penat bersembunyi dalam kepompong perasaan malu aku . Bila aku nak bangkit kalau begitu ? Ini hanyalah permulaan .

Aku pernah katakan pada diri aku dahulu bahawa aku tak akan sesekali delete dia sebagai kawan aku di facebook kerana itu sahaja cara aku tahu perkembangan kau . Tapi sejak malam tu , malam dimana aku tahu kebenaran , malam dimana hati aku luluh berkecai . Tapi perasaan yang aku rasakan tak sesakit kau alami . Kau hebat dalam hadapi perasaan kau . Sedikit pun kau tak pernah mengeluarkan kata-kata amarah mu pada aku . Hebat betul . Aku ikutkan perasaan aku . Aku block kau tanpa banyak berfikir tapi itu bukan tanda aku menyesal sekarang . Sekurang-kurangnya muka kau tak terbayang-bayang dalam minda aku sekarang . Kau bukan lagi ancaman hati ni . Memori aku terletak pada gadget . aku pun pelik . apabila aku delete sesuatu benda dalam handpone atau lain2 ,  sure dalam fikiran aku pun hilang .

Awak macam komputer , boleh di delete apabila saya perlu dan saya akan cari awak semula di dalam RECYCLE BIN nanti . Buat sementara waktu saya block awak sebab saya takut kalau saya unblock awak , saya akan jadi seperti dahulu . Merantapi perkara yang tak mungkin terjadi . Ini untuk kebaikan kita dua . Saya pantang nampak awak online apabila saya nampak je , saya akan buat sesuatu . Post sebanyak mungkin sehingga penuh wall dia . Aku fikir wall dia je XD tak sangka wall orang lain pun sama . haha . Panahan cinta wehh . Faham-faham jela .

Kini saya hendak awak menjadi memori  yang indah buat saya suatu hari nanti dan akan menjadi pengajaran dalam hidup saya  =D Awak tak pernah lupakan saya , saya tahu tu . Ingat mudah lupakan saya? Cinta awak ni ? haha .. tak mudah wak . Lagi-lagi saya dah conteng pelbagai perasaan di lubuk hati awak tu . Saya terhegeh-hegeh kejar awak sekarang ni dengan mengharapkan satu perkara iaitu kemaafan ikhlas dari hati awak . Saya tak nak kata-kata yang tak membawa apa-apa makna dalam hati awak . Saya kenal M.R. saya .

Seandai awak baca blog ni , saya tak tahu mahu ucapkan kata-kata gembira atau sedih . Perasaan yang bercampur baur . Banyak dah berubah dalam hidup ni wak . Saya dah makin matang . Selalu berfikir jauh sebelum membuat sesuatu cuma satu perasaan yang baru terdapat dalam diri saya iaitu sikap pemarah . Tak boleh nak control . huh !-,-

Mungkin apa yang berlaku pada saya adalah balasan terhadap perangai saya sebelum ini . Saya tidak boleh buat apa-apa dah . Jangan lah awak menyesal dengan pertemuan kita kerana  pertemuan kita sudah tertulis oleh qada dan qadar . Sekarang ni misi aku adalah mencari diri aku yang lebih baik dari sebelum ini dan lebih baik dari sekarang . sampai di sini sahaja entry aku . Pasti tak ramai yang baca sehingga tamat . Wahaha XD Tak pe . Bila aku dah tua sikit entry ni adalah ubat aku . Post ni suatu hari nanti akan mengimbas kan balik kenangan pahit ini menjadi manis . aku akan Ketawa  membacanya =) Assalammualaikum .

No comments: