Sunday, November 11, 2012

Kiamat Sudah Tiba ( 2012)



Bulan lepas punya bulan lepas aku telah membaca sebuah buku bertajuk Kiamat Sudah Tiba .
Cerita tu mengisahkan tentang satu makhluk yang bernama Dajjal . Buku tu mempunyai segala jawapan setiapa persoalan aku tentang dajjal . Tidak sangka buku sebegitu ada dalam rumah ni .

Dajjal merupakan makhluk yang mempunyai kuasa yang sangat hebat . Dia boleh menurunkan bahala pada orang yang tidak mengakuinya Allah . Subbahanallah . Dugaan dari dajjal sangat hebat . Orang yang kuat imannya sahaja yang mampu melawannya . Perempuan merupakan makhluk yang paling mudah digoda , yang mudah tunduk pada dia . Aku harap aku bukan di kalian mereka . Amin . Banyak dugaan yang umat islam akan tempuhi apabila dajjal akan dibangkitkan dari tidurnya . Susah untuk aku ceritakan . Korang search la google ye ;)

Ada info yang mengatakan bahawa hujan lebat akan berlaku .(keadaan ini macam sekarang) Banyak yang akan terkorban dan harta benda musnah dan pada bulan-bulan yang akan datang akan kemarau sepanjang tahun . Disaat itu la akan terdapat manusia yang bodoh akan buka ikatannya dan kejutkan dia . Dajjal makhluk yang sangat hodoh . Tetapi disebabkan kuasa yang dia ada , manusia hingga tidak sedar akan kecacatannya . Dajjal sangat bijak melarikan diri dari satu tempat ke tempat lain untuk mengelakkan manusia menyedari kekurangan dirinya . Dia akan pergi ke satu tempat dalam tempoh masa yang singkat dan menyesatkan manusia yang ada dalam tempoh itu .

Tanda-tanda kiamat sudah jelas depan mata . Cuma manusia buta dengan kejadian di dunia ni . Mereka masih berhibur seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku . Hujan lebat , banjir di serata tempat . Perpecahan umat islam dan bermacam-macam lagi . Mungkin kita manusia akhir zaman di dunia ni .
Lelaki lebih banyak dari perempuan merupakan salah satu petanda kiamatkan ? Apabila aku fikirkannya , bayi sekarang yang lahir ke dunia ni hampir semua perempuan . Sudah 6 orang anak buah aku ada tapi hanya seorang sahaja dikalangan mereka perempuan . Aku selalu berkata dengan kakak-kakak aku " Nak anak buah perempuan ! lahirla perempuan " tapi tada rezekikan ;) . Allah yang menentukan semua tu .  Sekarang keluarga aku lebih ramai lelaki berbanding dahulu .

Tahun lalu , aku masih teringat aku menangis teresak-esak dalam bilik apabila mendapat tahu Kiamat pada tahun 2012 yang bertarikh 21 Dec . Dulu kecoh dengan perkhabaran hari kiamat oleh orang  barat bahawa ia akan berlaku pada tahun ni . Aku Bodoh kerana takut  kiamat sudah hampir . Aku patut takut pada dosa yang aku buat di dunia ni . Dulu otak aku cetek sangat tentang hal-hal agama ni . Aku cuba ditenangkan oleh seseorang . Dia berikan kekuatan bahawa itu hanyalah telikan . Dia bimbing aku untuk membuat perkara-perkara yang baik . Seseorang aku pernah sayang dahulu . Tapi sokongan dia tak sekuat sokongan Ibuku . " Kita tak patut takut pada hari kiamat, pada dajjal . takut lah pada Allah . Kalau kita kuat iman kita dapat lawan sesiapa sahaja .  Bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka . Mak sentiasa doakan anak-anak mak boleh masuk syurga " kata-kata ibuku . Sebak hati aku mendengar . Tapi itu tidak memandai , aku masih tidak puas hati dari mana orang barat boleh berfikir ke arah begitu . Rupanya mereka tilik mengikut kepercayaan mereka . Untuk lebih lanjut search google . hehe

Hanya Allah yang menentukan berlakunya kiamat . Kita tidak boleh percaya pada tilikan orang barat ! Kita sebagai umat Islam harus terus berdoa, berdoa padanya supaya iman kita kuat untuk melawan bisikan dari syaitan . Kita manusia hanyalah berusaha seterusnya hanyalah serahkan pada MAHA KUASA .

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Bismillahirrahmanirrahim.
YA ALLAH , Tuhanku . Semoga keluarga aku semua masuk ke syurga . Janganlah biarkan salah satu dari kami tercicir dari syurga . Ampunkanlah doa-dosa kami semasa didalam dunia ini . Sesungguhnya kami manusia yang lemah ya Allah . bawalah kami ke jalan yang engkau redhai . Berikanlah panduan hidup kepada kami supaya kami lebih dekat padamu Ya allah . Amin .

No comments: