Thursday, October 6, 2016

2nd Time Shopping at HERMO

Actually aku dah lama gian nak update blog ni tapi disebabkan aku malas yang amat nak buka laptop,, jadi aku posponed kejap. Nak update kat hp terus tak boleh , entah kenapa tak boleh uploud gambar, Frust juga aku , So back to topic,

Hermo.my baru baru ni ada buat CYBERSALE yang lagi best 3 barang RM49 . geram pula aku tengoknya,

so i got this card in this box. Aku tak tahu pula macam mana nak rotate gambar ni . haish,. Actually aku ada masalah dengan menggunakan iphone ni. 


Banyak juga sebenarnya aku rembat. Gila juga aku ni kekadang . Tapi nafsu tu macam tak pernah puas asyik nak beli je. Aku dapat packaging ni within 1-3 days after I order. Tapi ada masalahnya, satu barang aku tercicir , tak dapat dapat lagi sampai ke hari ini.

So apa yang aku beli ?
Hampir semua benda yang aku beli ni adalah INNISFREE. Dah lama usha produk innisfree ni terutama pencuci muka dia, Mahal tapi bila dah ada promotion ni rembat la. Aku pernah guna Innisfree ni dan aku suka dengan packaging dah hasil dia. Sangat berbaloi.

Innisfree Smart Foundation Long Lasting  RM24.50
Memandangkan aku ni cepat berpeluh dah makeup cantik-cantik lama2 jadi hitam pula muka. sebab foundation tak tahan lama la. Nanti aku buat review  macam mana hasil dia. Bagus ke tidak kan 

Innisfree Mineral Makeup Base RM43.12
Vanilla green & Cream purple
Okay aku pun tak tahu apa benda alah ni. haha, Sebenarnya setiap warna tu ada function tertentu . Nak blur kan jerawat, hilangkan eyesbag, kemerah-merahan kat muka, Banyak la kebaikannya. Sebernarnya aku geram dengan 3CE punya produk, tapi sebab mahal sangat aku pilih Innisfree.



Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam RM27
Aku dah lama stop pakai pencuci muka sebab bila aku pakai je muka aku naik jerawat. Teruk sangat . Penuh satu muka , Aku dah cuba dan sangat puas hati . Tak payah picit bebanyak sebab dia hasilkan banyak buih. Puas hati la. Yang penting Jimat, Benda mahal jangan membazir.haha


Innisfree volcanic pore care kit RM 18.90
dia lebih kurang je dengan pencuci muka tu . Box dia comel tu rembat aje,

Yadah Auto Lip Crayon Rose Coral
Yadah satu jenama yang asing bagi aku, Ni aku beli promotion 3 item RM49. Sebab aku tak confident dengan product ni , aku saja la beli sebab harga asal dia mahal. Sumpah menyesal tak beli warna lain. Smooth jee bila letak kat lips. Bibir aku ni jenis yang kering tapi lipstick ni sesuai sangat untuk orang yang jenis bibir kering ni. Jatuh cinta terus dengan produk Yadah ni

Aku beli ni warna rose Coral. Merah ke pink pink sikit, Dia punya packaging comel gila. Tak sanggup nak buang.

Yadah Auto gel Eye Liner Romantic Brown



Aku tak pernah ada satu pun Eye liner sebab bukan seorang yang pandai make up mata ni. Ni product pertama aku, Aku beli warna coklat, Entah kenapa coklat bukan hitam, haha, okay nanti aku bagi feedback yang lebih mendalam pasal eye liner ni, Yang bagusnya kat hujung pensel ni ada sharpener,

 B.liv Spots Got Shot
Untuk pengetahuan korang produk B.liv ni sangat sangat la mahal . Kesemua produk dia okay, Ni pun aku beli promotion 3 item RM49. Satu satunya produk dari Singapore yang aku beli, yang lain semua dari Korea. Produk ni untuk jerawat, hilangkan bekas bekas jerawat kalau tak menjadi dalam 2 minggu dia akan pulangkan duit tapi tak tahu la bertahan tak dalam 2 minggu, sbb dia sngat sangat kecil berbanding kotak dia. Benda mahal kena pakai sikit sikit, Selain jerawat untuk kulit yang berminyak juga elok. Dah makin berusia ni makin banyak masalah kulit,

Nak lebih detail for every item , urm i guess in my next entry,
For next , aku akan cerita my 3rd time bought from HERMO. hehe. dah sampai pun . Nanti aku cerita. Untuk pengetahuan korang, harga yang aku letak semua pada harga promosi cybersale2016. Harga asal pasti lebih mahal tapi jangan risau. Hermo selalu ada sale, so bila tengah sale tu pepandai la korang rembat okay .

Kenapa aku suka beli kat Hermo ?
Hermo ni dia mesra pengguna, Dia bagitahu detail for every product siap tunjuk before pakai dan lepas pakai, Harga pun murahkan. Kalau kau walk in terus kedai , aku rasa korang akan terpinga-pinga. Barang-barang dari Korean, Japan ni bukan instruction dalam English. Nak baca pun tak paham,

tapi hermo  ni bagus. Dia bagitahu kita every single detail. Semua product dari negara Korean , Japan , Taiwan korang boleh jumpa kat sini .

No comments: